loading...
Wednesday, July 13, 2011
Wanita Indonesia Digilis Lori
KLANG UTARA – Sungguh mengerikan apabila seorang wanita Indonesia yang menunggang motosikal bersendirian bukan hanya dilanggar malah digilis sebuah lori di persimpangan lampu isyarat, Batu 2, Jalan Kapar, di sini, malam kelmarin.
Berikutan kejadian itu, mangsa dikenali Juriyah, 39, mengalami kecederaan di seluruh badan termasuk hancur di bahagian kaki kiri dan organ kepalanya juga terburai.
Mangsa yang bekerja di sebuah Syarikat Kiriman Wang Cepat di Jalan Kapar dipercayai dalam perjalanan pulang ke kediamannya.
Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintenden Zawary Mahadi berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 9 malam ketika mangsa dan lori tersebut dipercayai dari arah yang sama iaitu Kapar menghala Klang.
“Berdasarkan maklumat pemandu lori memaklumkan, dia tidak sedar kehadiran mangsa sebelum terasa sesuatu yang berat pada tayar seolah-olah terlanggar bonggol sebelum bertindak memberhentikan lori beberapa meter dari tempat kejadian.
“Saat itu baru dia sedar yang lorinya telah melanggar dan menggilis seorang wanita,” katanya.
Menurutnya, berdasarkan siasatan, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dari laluan kiri ingin membuat pusingan ke lorong kanan sebelum memotong lori berkenaan yang mana pada masa yang sama lampu isyarat bertukar hijau.
“Pemandu itu dipercayai tidak perasan kehadiran mangsa secara mengejut. Akibat digilis mangsa parah di seluruh badan dan meninggal dunia serta merta di lokasi kejadian.
“Mayatnya dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi bedah siasat,” katanya.
Beliau berkata, sesiapa yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi IPD Klang Utara atau pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Zaini Abdullah di talian 03-32912222 bagi membantu siasatan.
Sumber: SH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment