loading...

Thursday, July 14, 2011

9 punca kemalangan kenderaan berat

KUANTAN - Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mengenal pasti sembilan punca kemalangan jalan raya babitkan kenderaan berat dan bas sepanjang tahun lalu.

Antara isu dikenal pasti adalah pandu laju, kenderaan kurang selenggara, pemandu letih dan kurang mahir.

Pegawai Penyelidik Unit Pencegahan Kecederaan dan Sains, Miros, Mohamad Suffian Ahmad berkata, punca terbabit dikenal pasti hasil penyiasatan terhadap kemalangan yang berlaku.

Menurutnya, pemanduan yang melebihi had maksima menyumbang kepada punca kemalangan apabila lebih hampir 80 peratus kenderaan berat dan bas dipandu lebih 100 kilometer sejam pada musim perayaan tahun lalu.

”Kebanyakan kemalangan ngeri yang berlaku disebabkan punca tersebut malah pada musim perayaan, jumlah kemalangan menunjukkan peningkatan yang ketara.

“Selain memandu laju, keadaan kenderaan yang kurang penyelenggaraan juga menjadi punca kemalangan.

“Justeru, pihak pengusaha pengangkutan perlu mengambil berat keadaan kenderaan masing-masing supaya ia selamat digunakan,” katanya pada Seminar Hormati Had Anda sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Untuk Pemandu Kenderaan Berat anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Pahang dengan kerjasama Plus Expressways Berhad, di sini.

Hadir sama, Pengarah JKJR Pahang, Datuk Baharuddin Mohd Yusop dan Pengurus Kanan Jabatan Keselamatan Trafik Plus Expressways Berhad, Razali Che Rose.

Pemandu yang letih dan mengantuk kesan daripada jadual pemanduan yang padat turut jadi punca kemalangan.

“Punca ini menyumbang empat peratus kepada kemalangan yang berlaku kerana tidak cukup rehat disebabkan jumlah jam pemanduan yang ketat.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my