loading...

Sunday, December 9, 2012

Warga Nigeria maut



9 Disember 2012
SEREMBAN – Seorang lelaki warga Nigeria maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori bermuatan barang elektronik dan klinikal dalam satu kemalangan di Batu 7, Jalan Seremban-Mantin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa, Shadarach, 22, yang juga merupakan pelajar kolej swasta di Mantin, di sini, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Pemandu lori berkenaan, Hamid M Sah, 39, berkata, dia dalam perjalanan dari Sepang ke Seremban untuk menghantar barang ke tempat kerja.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, secara tiba-tiba lori yang saya pandu terhentak dan kelihatan sebuah kereta Proton Saga BLM berada di bawah bahagian hadapan lori.

“Selepas itu saya tidak ingat apa-apa dan orang ramai cuba membantu keluar dari tempat duduk kerana saya tersepit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dia tidak sedar apa yang berlaku berikutan kejadian berlaku amat pantas.

Dalam pada itu, saksi kejadian, C Arichandran, 29, berkata, dia yang dalam perjalanan dari arah Seremban ke Kuala Lumpur segera memberhentikan lori yang dipandunya setelah melihat dua kenderaan terlibat dalam kemalangan itu.

“Saya segera turun dan berlari ke arah kereta Proton Saga BLM itu dan kelihatan seorang lelaki warga Afrika mengalami pendarahan di hidung serta tidak sedarkan diri,” katanya.

Arichandran berkata, dia tidak sangka kemalangan itu melibatkan kereta berkenaan kerana baru sahaja melihat pemandunya memotong kenderaan lain sebelum hilang dari pandangan.

Jurucakap polis pula berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Seremban menuju ke Mantin.

Difahamkan, mangsa yang memandu seorang diri memotong beberapa kenderaan ketika menuruni bukit namun apabila sampai di satu selekoh, keretanya terbabas.

“Mangsa gagal mengawal kenderaannya kemudian terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan kereta mangsa remuk dan dia maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/warga-nigeria-maut-kemalangan-1.110918


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my