loading...

Friday, December 14, 2012

SK St Augustine

15 Disember 2012
ENGKILILI: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine, Betong, maut apabila kenderaan dipandunya ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri di Sri Aman, bertembung dengan lori di Kilometer 40, Jalan Sri Aman-Betong di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, John Achil Kedit, 55, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza itu dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori lima tan tanpa muatan.


Jurucakap polis berkata, akibat pertembungan itu, kenderaan dinaiki mangsa bersama isterinya, Saribon Kodeng, 49, remuk teruk manakala lori berkenaan terbalik di bahu jalan.

Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan John parah di dada dan kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya dan pemandu lori, Chong Nyong Jiu, 57, dikejarkan ke Hospital Sri Aman kerana turut parah.


“Isteri mangsa cedera di kepala akibat terhantuk pada cermin depan kereta dan patah tulang rusuk manakala pemandu lori patah kaki kanan,” katanya.


Sementara itu, saksi kejadian, Francis James, 47, berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal dari rumahnya untuk menoreh getah di kebun berdekatan sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat.

“Sebaik mendengar dentuman itu, saya yakin ia kemalangan jalan raya dan segera berpatah balik sebelum ternampak dua kenderaan tersadai.


“Ketika memeriksa keadaan mangsa dalam kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu, saya dapati pemandu Toyota Avanza tidak bergerak manakala isterinya cedera dan masih sedarkan diri,” katanya.


Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalgurubesarbalikkenduri/Article/index_html


3 comments:

  1. Maklumat berita HM tu kurang tepat. Mendiang pulang dari Kuching selepas menghantar anak2nya ke Unimas dan Politeknik. Mendiang tidak menghadiri kenduri dan semasa kemalangan adalah waktu malam dan bukan awal pagi. Menurut isteri mendiang lori tersebut "makan jalan" dan saya kenal mendianh sebagai seorang yang sangat berhati-hati semasa di jalan raya...

    ReplyDelete
  2. Maklumat yg kurang tepat spt yg dilaporkan media boleh merugikan pihak mangsa. Media perlu berhati2 mengeluarksn berita.Jangan nak cari populariti semata mata.

    ReplyDelete
  3. harian metro - bad choice of news article source. they write crap and bullshit. Does "Francis James" really exist?? or just a character created by the writer? Who is the writer of the article?? and the editor?? read other news and see the difference esp. the time of the accident. Tambap! Mapap utai tulis.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my