loading...

Tuesday, December 11, 2012

Dua maut kenderaan bertembung


Inalillahi wainailaihi rojiun

12 Disember 2012
BESUT - Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu masing-masing bertembung dalam kejadian di Jalan Penarik-Kampung Raja, berhampiran sempadan daerah Besut-Setiu, malam tadi.



Tuan Amir Hamzah Tuan Marzuki, 19, yang memandu kereta jenis Proton Aeroback maut di tempat kejadian manakala Md Shariff Abdul Manaf, 40, pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.
  
Pengawal Balai Bomba Besut Rosmadi Jusoh yang mengesahkan kejadian, berkata kemalangan berlaku pukul 8.30 malam dan pihaknya menerima panggilan kira-kira 20 minit selepas itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
  
Menurutnya Tuan Amir berasal dari Kampung Beting Lintang di sini, manakala Md Shariff dari Taman Jaya, Semarak, Pasir Putih, Kelantan.
  
Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dipandu Md Shariff memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Tuan Amir, ketika cuba memotong sebuah lori.

Akibat pertembungan itu, kereta yang dipandu Tuan Amir berpusing sebelum terbalik dengan tayarnya ke atas.  
  
Kawasan kejadian merupakan jalan lurus, namun tiada lampu jalan.
  
Bernama difahamkan Tuan Amir yang bekerja di syarikat perkapalan di Labuan pulang bercuti sejak seminggu lepas dan dalam perjalanan bertemu rakan di Kuala Terengganu, sementara Md Shariff pula peniaga kain. - Bernama




Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1212&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
ntv7.com.my/7edition/local-en/LOCAL_EN_1355296392.html



1 comment:

  1. Mohd shariff kenalan saya.. amat merendah diri.. sama2 sedekahkan al fatihah kepada kedua arwah.. Al fatihah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my