loading...

Tuesday, December 11, 2012

Gara-gara seekor kucing


12 Disember 2012

 KUALA TERENGGANU - Hanya kerana mahu mengelak melanggar seekor kucing, seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya merempuh sebuah bas sekolah di Jalan Bukit Kecil, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu, mangsa, Nurul Assyikin Mohd Ariffin, 23, yang bekerja sebagai pembantu di Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di daerah ini dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Jalan

Kamaruddin ke rumahnya di Kampung Losong di sini.

Menurut sumber, tiba di lokasi kejadian iaitu berhadapan dengan Flat Bukit Kecil, mangsa yang memandu Perodua Kancil berseorangan, dipercayai cuba mengelak melanggar seekor kucing yang tiba-tiba melintas jalan.

"Mangsa gagal mengawal keretanya sebelum merempuh bahagian belakang sebuah bas sekolah yang diparkir di bahu kiri jalan.

“Ekoran rempuhan kuat itu, kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan sebelah kiri pemandu. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi berkata tiada sebarang laporan mengenai kemalangan berkenaan diterima pihaknya setakat ini.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rempuh-bas-elak-kucing-melintas-jalan-1.111773


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my