loading...
Saturday, December 1, 2012
Bas Terbalik Rempuh Kereta
1 Disember 2012
Di Perak, seorang maut manakala 10 yang lain cedera dalam nahas membabitkan sebuah kereta dan bas ekspres di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung, awal pagi tadi.
Akibat perlanggaran, bas ekspres yang membawa 30 penumpang itu terbalik.
Kejadian pukul 3.50 pagi ini berlaku di kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara Selatan.
Lokasi kejadian hanya 400 meter dari kemalangan ngeri yang mengorbankan empat pekerja Propel akibat dirempuh sebuah lori treler,10 hari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kampar, kereta terbabit dinaiki empat orang dalam perjalanan dari Ipoh ke ibu negara.
Setibanya di lokasi, ia terbabas ke lorong kanan lalu melanggar pembahagi jalan, sebelum dirempuh sebuah bas ekspres.
Bas yang dalam perjalanan dari Kuala Perlis ke ibu negara ini, terbalik.
Manakala pemandu dan tiga penumpang kereta tersepit.
Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan semua mangsa.
Seorang penumpang kereta, yang juga penuntut sebuah kolej maut di tempat kejadian.
Tiga penumpang kereta dan tujuh penumpang bas cedera dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan.
Punca sebenar kejadian masih disiasat.
Sumber:
tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/TERKINI_3_1354346230.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment