loading...

Friday, November 30, 2012

Pelajar Kolej TAR Maut


1 Disember 2012
GOPENG - Seorang penumpang kereta maut apabila kenderaan dinaikinya dirempuh bas di Kilometer 293.8 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah selatan berhampiran susur keluar Gopeng, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.48 pagi itu, kereta dinaiki pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman, berusia 21 tahun, dikatakan hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan dilorong kanan sebelum dirempuh bas yang dinaiki 31 penumpang.

Bas itu menghala ke Kuala Lumpur ketika kejadian.

Dalam kejadian itu, bas berkenaaan terbalik memasuki longkang di kiri jalan menyebabkan empat  penumpang bas cedera ringan manakala empat penumpang kereta cedera parah.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dapatkan rawatan.


Mangsa Kemalangan

Kemalangan pagi itu turut mencederakan lapan yang lain iaitu tiga penumpang kereta jenis Mercedes-Benz tersebut dan lima lagi termasuk pemandu serta penumpang bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kuala Muda.

Kemalangan berlaku hanya kira-kira 400 meter dari lokasi nahas yang mengorbankan empat pekerja Projek Penyelenggaraan Lebuh Raya Berhad (Propel) akibat dirempuh sebuah treler yang sarat membawa muatan makanan ringan, 21 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supritendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa, Chai Yoke Ling, 18, dan tiga rakan lelakinya itu berada di lorong kiri dan dikatakan telah hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kereta lain di hadapannya.

Menurutnya, kereta tersebut kemudian terbabas ke lorong kanan sebelum merempuh besi pembahagi jalan yang menyebabkannya berpusing beberapa kali.

"Kereta berkenaan kemudian dirempuh sebuah bas ekspres membawa 30 penumpang di lorong sama yang gagal mengelak sebelum terbalik dan masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

"Mangsa dan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Tambah Kong Soon, ketika kemalangan, keadaan jalan lurus dan sedikit mendaki manakala cuaca pula dalam keadaan baik.

Penumpang bas ekspres, Asyraf Nasir, 21, memberitahu, kenderaan berkenaan baru memulakan perjalanannya pukul 12.30 tengah malam dari Sungai Petani menuju ke Kuala Lumpur.

Katanya, dia menaiki bas tersebut bersama sepupunya, Danial Syami Shaha, 14, dan mereka duduk di bahagian belakang pemandu.

"Masa itu, saya tidak tidur. Saya lihat sebuah kereta Mercedes-Benz berada di lorong kiri dan terdapat sebuah lagi kereta di depannya. Mercedes-Benz itu kemudian masuk ke lorong kanan dan cuba memotong kereta di hadapannya tetapi terbabas dan melanggar besi pembahagi jalan.

"Pemandu cuba memberhentikan bas tetapi gagal lalu merempuh Mercedes-Benz itu sebelum melanggar tebing bukit dan terbalik dalam longkang.

"Suasana masa itu sangat cemas dengan kebanyakan penumpang termasuk kanak-kanak menjerit dan menangis. Alhamdulillah, saya bernasib baik tidak terpelanting keluar sebab cermin tingkap berhampiran pecah," katanya

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/1-maut-8-cedera-kemalangan-lebuh-raya-dekat-gopeng-1.108716
utusan.com.my/utusan/Utara/20121202/wu_04/Pelajar-maut-lapan-cedera


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my