Inalillahi wainailaihi rojiun
26 November 2012
MELAKA - Seorang pegawai penjara dan seorang remaja perempuan maut dalam kemalangan jalan raya berasingan di Melaka, semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Salehhudin Abd Rahman berkata dalam kejadian pertama, pegawai Penjara Sungai Udang, Mohd Hanafiah Abd Wahab, 25, maut selepas kenderaan dipandu sepupunya bertembung sebuah lagi kereta di Lebuh Raya Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) pada kira-kira 11 malam.
Beliau berkata kereta Mitsubishi Galant yang dinaiki mangsa dari arah Bertam Ulu menghala Sungai Udang dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung Proton Saga BLM.
Katanya, ekoran kemalangan itu, Mohd Hanafiah tersepit di tempat duduk penumpang depan serta cedera di kepala dan dada sebelum disahkan meninggal dunia pada 11.25 malam di Hospital Melaka manakala sepupu mangsa yang berusia 30-an serta penumpang kereta Proton Saga terbabit hanya cedera ringan.
Dalam kejadian kedua, Salehhuddin berkata Nur Afiqah Sarip, 16, yang menaiki motosikal bersama adiknya, Hasyimah, 15, dari arah lampu isyarat Bukit Rambai menghala Ayer Salak maut ketika dalam perjalanan ke warung milik keluarga mangsa di kawasan berhampiran pada 8.50 malam.
"Mangsa dilanggar lari sebuah kereta yang datang dari arah sama sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke laluan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lagi kereta," katanya sambil menambah Nur Afiqah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala adik mangsa cedera ringan. - Bernama
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment