loading...

Monday, November 26, 2012

Wanita maut tersepit 1jam

Inalillahi wainailaihi rojiun

26 November 2012
KUANTAN - Seorang wanita maut setelah kereta Perodua Kancil yang dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Iswara, di km 22, Jalan Lipis-Sungai Koyan, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 petang itu, mangsa, Syuhelda Shaimin, 31, dari Taman Pertama, Kuala Lipis disahkan meninggal dunia ketika dikejarkan ke Klinik Kesihatan Padang Tengku, dekat sini, akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai menuruni bukit dan telah termasuk ke laluan bertentangan selepas dipercayai gagal melihat garisan berkembar akibat hujan lebat.

"Pada masa yang sama, sebuah kereta Proton Iswara dinaiki tiga beranak yang datang dari arah bertentangan dipercayai tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung.

"Akibatnya, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lipis selepas mengambil masa hampir satu jam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, mangsa Syuhelda kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.

"Manakala pemandu Proton Iswara berusia lingkungan 40-an bersama dua ahli keluarganya yang turut mengalami kecederaan masih mendapat rawatan di hospital yang sama," katanya.- Bernama

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/wanita-maut-tersepit-dalam-kemalangan-1.107382



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my