loading...

Sunday, November 25, 2012

Penunggang maut motosikal rentung


Inalillahi wainailaihi rojiun

25 November 2012
JEMPOL - Seorang maut apabila motosikal ditunggangnya terbakar selepas bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Palong 4,5 & 6, di sini, kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Abdul Razman Abdul Ghani, 19, dalam perjalanan dari arah Palong 7 dan 8 ke Palong 2, di sini, menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z bersama seorang rakan berusia 14 tahun yang turut menunggang sebuah lagi motosikal sama jenis secara berasingan.

Ketua Polis daerah, Superitendan Hamzah Alias berkata, tiba di lokasi kejadian, mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta yang sedang membelok ke kawasan perumahan Felda Palong 5 tetapi hilang kawalan.

“Berikutan itu, motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta terbabit bersama isterinya berumur 40-an tidak sempat mengelak menyebabkan pelanggaran di sebelah kanan keretanya. Mangsa terjatuh dan digilis kereta terbabit manakala motosikalnya tercampak di laluan asal sebelum terbakar,” katanya ketika mengesahkan kejadian kepada Sinar Harian, semalam.


Menurut Hamzah, motosikal rakan mangsa juga bergesel dengan motosikal mangsa, menyebabkan rakannya itu jatuh.

"Bagaimanapun rakannya hanya cedera ringan. Orang awam yang berada di tempat kejadian membantu membawa mangsa ke klinik berhampiran tetapi mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Rakan mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk menerima rawatan lanjut dan mengalami kecederaan di tengkuk akibat kesan terbakar serta patah tangan kanan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Hamzah, pasangan suami isteri yang menaiki Proton Wira tidak mengalami kecederaan dan telah  membuat laporan polis.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat dan siasatan awal mendapati mangsa adalah anak peneroka Felda Palong 2," katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/penunggang-maut-motosikal-rentung-terbakar-1.106879
utusan.com.my/utusan/Selatan/20121125/ws_02/Remaja-maut-rakan-parah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my