loading...

Friday, January 13, 2012

Maut Ditembak Dan Dirempuh


KUALA LUMPUR – Polis percaya motif tembakan terhadap seorang lelaki sebelum maut dilanggar sebuah kereta di kawasan berhampiran sebuah taman tema air, di Desa Petaling malam tadi adalah berkaitan dengan hutang dan perjudian.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, senjata yang digunakan untuk menembak Wong Ping Yee adalah jenis revolver kaliber .38, berdasarkan dua kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian.

"Kita telah mengumpul bukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) serta cap jari di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ping Yee, 36, yang bekerja sendiri, maut kerana kecederaan parah di kepala selepas dilanggar sebuah kereta ketika cuba melarikan diri daripada ditembak seorang individu kira-kira pukul 9.15 malam tadi.

Daripada pemeriksaan semalam terhadap kereta Ping Yee jenis Honda Accord, pihak forensik telah menemui enam kesan tembakan pada cermin sebelah penumpang.

Mohmad berkata, pihak yang terlanggar Wong juga telah tampil memberi keterangan awal pagi tadi dan polis turut menyiasat jika Ping Yee memang dipanggil ke situ atau diikuti dari tempat lain. – BERNAMA

Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my