loading...
Saturday, January 14, 2012
Digilis Diseret 2 Kilometer
Inalillahi wainailaihi rojiun
KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan syarikat perisian komputer maut selepas digilis dan diseret kira-kira dua kilometer oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE) di sini semalam.
Mangsa, Haslihan Abdul Hadi, 34, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu dipercayai terbabas sebelum jatuh di jalan raya.
Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang dan mangsa dalam perjalanan dari Hulu Klang menuju ke Gombak.
"Pada masa sama, sebuah treler yang dipercayai datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh mangsa," katanya ketika ditemui.
Haslihan bersama motosikalnya dikatakan terseret di lorong tengah lebuh raya sementara pemandu treler yang melanggarnya terus meninggalkan mangsa selepas kejadian.
Mangsa yang terperosok di bawah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka dan kepala.
"Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa pecah dan mukanya hancur. Kami terpaksa mengutip serpihan otak dan daging mangsa yang hancur atas jalan," katanya.
Mangsa merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alam Shah di sini dan berasal dari Klang itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Al-Fatihah
Sumber:
kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0115&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm
sinarharian.com.my/jenayah/digilis-treler-1.18228?localLinksEnabled=false
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment