loading...
Sunday, January 22, 2012
Lori terjunam ke dalam gaung
REMBAU – Seorang pemandu dan kelindan sebuah lori membawa muatan tanah lumpur nyaris maut apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter di Kilometer 238, Lebuhraya Utara - Selatan, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, lori berkenaan yang turut merempuh papan tanda iklan dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Buloh, Selangor menuju ke Pasir Gudang, Johor.
Menurut pemandu lori berkenaan yang hanya ingin dikenali sebagai Halim, 38, kejadian itu berlaku begitu pantas dan ketika kejadian dia gagal mengawal kenderaan susulan ingin mengelak kereta yang secara tiba-tiba menghimpit lorinya yang dipandu di bahagian paling kiri jalan.
“Akibat dihimpit sebuah kereta, saya terperanjat lalu dengan spontan cuba mengelak. Namun, saya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke kiri jalan.
“Masa itu saya hanya berfikir untuk cepat-cepat keluar dari lori bersama kelindan, namun terpaksa meninggalkannya untuk mendapat bantuan awal di tepi jalan selepas usaha membantunya yang tersepit gagal,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Zamrus Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 5.11 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 5.22 pagi.
Menurutnya, dengan kekuatan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau dan Senawang, pihaknya berjaya mengeluarkan mangsa iaitu kelindan yang tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
“Mangsa yang tersepit dikejarkan ke hospital berhampiran bagi mendapat rawatan lanjut,” katanya.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lori-terjunam-dalam-gaung-1.19557
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment