loading...

Saturday, December 3, 2011

Maut Rempuh Belakang Lori

KUANTAN  - Seorang pemuda maut selepas kereta yang dinaiki beliau bersama tiga rakannya merempuh belakang sebuah lori di sebuah stesen minyak dekat Kampung Pandan, jalan pintasan Kuantan di sini, pagi tadi.

Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata S. Saravanan, 18, yang duduk bahagian belakang kereta itu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.

Beliau berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 pagi semasa Saravanan dan rakan-rakannya itu sedang dalam perjalanan dari arah Pelabuhan Kuantan menuju ke Gambang.

Katanya kereta yang dipandu K. Yogeswaran, 22, itu merempuh bahagian belakang sebelah kanan sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan, dan akibat rempuhan, kereta itu berpusing beberapa kali sebelum melanggar tembok simen stesen minyak di kiri jalan.

"Saravanan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga rakannya cedera ringan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Zainalabidin berkata mayat Saravanan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my