loading...

Wednesday, November 30, 2011

Treler Terhumban Dalam Sungai


November 30, 2011
 ALOR GAJAH - Seorang pemandu treler bersama ­rakannya nyaris maut selepas kenderaan berat yang dipandu terbabas dan terhumban ke dalam sungai di Jalan Kampung Panchor, Durian Tunggal, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian yang ­berlaku kira-kira jam 2.30 ­petang itu, mangsa, Rosli Mat Tan, 38, bersama seorang ­rakan berusia 35 tahun dalam perjalanan dari Krubong ­menuju ke Gemas untuk mengambil getah yang sudah diproses untuk dihantar ke Port Klang.

Menurutnya, dia memandu perlahan kerana jalan raya basah selepas hujan.

“Sebaik menuruni bukit yang berselekoh, saya tekan brek tetapi tidak berfungsi ­sebelum treler yang dipandu hilang kawalan.

“Akibat panik, saya ­bertindak memaut stereng ke kanan jalan menyebabkan ­treler terhumban ke sungai,” katanya.

Rosli berkata, dia tercampak keluar dari cermin hadapan dan tidak sedarkan diri sebelum dibantu orang awam.

“Mujur ketika kejadian ­tiada kenderaan lain yang ­melalui jalan itu, jika tidak pasti kejadian menjadi lebih teruk,” katanya.

Katanya, sebelum memulakan perjalanan, dia sudah melakukan pemeriksaan ke atas treler seperti hari ­kebiasaannya malah lokasi ­kejadian adalah laluan yang sudah biasa dilalui untuk menjalankan urusan kerja.

Sementara itu menurut saksi kejadian, Ismail Hashim, 44, dia dikejutkan dengan ­dentuman kuat ketika berada di rumah yang terletak tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Saya terus keluar dan mendapati treler tanpa muatan itu sudah terhumban di dalam sungai manakala ­pemandu serta kelindannya tercampak dari treler terbabit.

“Saya membantu mangsa yang mengalami kecederaan ringan sebelum hubu­ngi ta­lian kecemasan,” katanya.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah menggunakan ambulans untuk menerima rawatan.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my