loading...
Friday, December 2, 2011
13 Penumpang Bas Kuala Tahan Ekspress Terselamat
TEMERLOH – Seramai 13 penumpang sebuah bas ekspres milik syarikat Kuala Tahan Ekspress terselamat selepas kenderaan dinaiki dari Kuala Perlis ke Jerantut terbabas di Kilometer 109.3 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) arah Kuantan, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kejadian jam 6.30 pagi itu berlaku apabila pemandu bas, Saifulhamizi Mohamad, 31, gagal mengawal kenderaan terbabit sebelum bergesel dengan besi pengadang jalan di kiri jalan.
Menurutnya, akibat pergeseran badan bas dengan besi pengadang jalan mengakibatkan bas menggelongsor ke tebing lebuh raya terbabit.
“Bas terbabit hanya terbabas dan tidak terbalik dan semua 13 penumpang yang ada tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sewaktu dihubungi semalam.
Mohd Nor berkata, pemandu bas yang berasal dari Bandar Pusat Jengka, Maran, mempunyai lesen memandu yang sah, kejadian berlaku di laluan lurus, sehala dan dua lorong serta ketika keadaan cuaca baik dengan permukaan jalan kering.
Mohd Nor menasihati semua pengguna jalan raya di daerah ini supaya memandu dengan lebih berhati-hati ter-utama ketika keadaan cuaca yang tidak menentu di Pantai Timur sejak kebelakangan ini.
Dalam perkembangan lain, Mohd Nor menasihati ibu bapa supaya memantau pergerakan anak-anak mereka terutamanya ketika musim cuti sekolah ketika ini.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment