loading...
Saturday, December 3, 2011
Staf Syarikat Telekomunikasi Digilis Digeret Lori Tanah
Inalillahi wainailaihi rojiun
KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan syarikat telekomunikasi berusia 52 tahun maut akibat digilis dan diheret beberapa meter oleh sebuah lori tanah yang gagal mengelak di Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, di sini, pagi semalam.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, ketika kejadian pada jam 8.50 pagi itu, mangsa Naharudin Long, berasal dari Hulu Langat, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
“Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Taman Keramat menaiki motosikal sebelum bergesel dengan sebuah kereta menyebabkan motosikalnya hilang kawalan dan terjatuh, kemudian sebuah lori tanah yang berada di belakang motosikal itu gagal mengelak lalu merempuh mangsa dan mengheretnya beberapa meter.
“Menyedari kejadian itu, pemandu lori terbabit memberhentikan kenderaannya dan mendapati mangsa tersangkut di bawah lorinya,” katanya.
Menurutnya, pihak bomba kemudian sampai di tempat kejadian dan mengeluarkan mayat mangsa.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, kes itu diklasifikasikan bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Al-Fatihah...
Sumber: Sinar Harian
ntv7
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment