loading...
Thursday, December 1, 2011
Penunggang Motosikal Maut Digilis Kereta
ALOR SETAR - Seorang penunggang motosikal maut digilis kereta apabila motosikalnya terjatuh setelah bergesel dengan sebuah kereta lain datang dari arah yang sama sekitar jam 7.30 malam kelmarin.
Mangsa, Ooi Say Hian, 35, dari Taman Sri Merbok, Tokai, Pendang dikatakan gagal mengawal motosikalnya sewaktu ingin mencelah antara dua kereta yang sedang menghala dari Sungai Petani ke Kepala Batas.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, kejadian berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat baru Tandop.
Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa gagal mengawal motosikalnya apabila mahu meneruskan perjalanan setelah lampu isyarat bertukar hijau.
“Pada mulanya, mangsa bergesel dengan kereta di sebelah kanan kemudian terbabas ke laluan kiri dan terjatuh serta digilis kereta jenis Proton Saga Iswara itu.
“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sewaktu tiba di Hospital Sultanah Bahiyah,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment