loading...

Thursday, September 8, 2011

Tak Sempat Tukar Tayar Kereta Bapa


Inalilahi Wainalilahi Rojiun

KUALA TERENGGANU - Niat murni seorang anak untuk menukar tayar kereta baru milik bapanya tidak kesampaian apabila dia maut dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Kuala Terengganu-Kelantan di Kampung Felda Belara, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.20 petang menyebabkan mangsa, Mohd Halimi Nordin, 22, dari Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah pada kepala dan badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Mohd Ishak berkata, mangsa yang memandu kereta jenis Honda Civic datang dari arah Kelantan dipercayai hilang kawalan selepas memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya.

“Kereta yang dipandu mangsa terbabas kira-kira 40 meter dan berpusing beberapa kali lalu merempuh pembetung air sebelum terjunam ke dalam parit tali air sedalam kira-kira tiga meter.

“Mangsa yang tersepit di bahagian pemandu dikeluarkan oleh orang awam namun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mayat mangsa yang bekerja sebagai juruukur di sebuah tapak projek Jelapang Padi, Setiu dihantar ke bilik mayat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk dibedah siasat, dan kereta milik bapanya itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Sumber: SH


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my