loading...

Wednesday, October 2, 2013

Pelajar UniKL maut


Inalillahi wainailaihi rojiun

2 Oktober 2013
BALING - Seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL) cawangan Kulim  setelah terlibat dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Kuala Bakong, Kuala Ketil kira-kira jam 5.50 petang semalam.

Mohd Firdaus Abdul Rahim, 22,  dari Kampung Bukit Iboi maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Asisten Superintendan Md Nadzir  Osman berkata, kejadian berlaku setelah motosikal yang ditunggang mangsa bertembung dengan sebuah motosikal lain.

Menurutnya, akibat pertembungan itu, mangsa tercampak beberapa meter dan disahkan meninggal di tempat kejadian.

"Manakala seorang lagi penunggang cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Sungai Petani," katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa yang merupakan anak sulung dari lima beradik itu dalam perjalanan pulang dari rumah ke tempat pengajiannya.

Ibunya, Siti Mariam Isa, 47, berkata, anaknya itu memang sering pulang ke rumah untuk bersama keluarga.

"Dia seorang anak yang baik, selalu balik ke rumah, makan sekali bersama keluarga. Dia jugalah menjadi harapan keluarga kami," katanya.

Mangsa sebelum ini mendapat pendidikan di Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam sebelum melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di UniKL.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Bukit Iboi pada jam 11 pagi tadi.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/pelajar-unikl-maut-motosikal-bertembung-1.207479



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my