loading...

Saturday, October 5, 2013

Lori muatan kimia terbalik

5 Oktober 2013
KUALA PILAH – Seorang pemandu lori hanya mengalami cedera ringan apabila lori tangki yang dipandunya terbabas lalu terbalik di Kilometer 7.5 Jalan Kuala Pilah-Bahau, semalam.

Pemandunya, Sulaiman Mohd Taha, 41, terselamat dalam kejadian 8.30 pagi yang tidak melibatkan kenderaan lain.

Menurutnya, dia bersyukur kerana ketika kejadian dia memakai tali pinggang keledar.

"Mujur saya pakai tali pinggang. Jika tidak, pasti saya akan tercampak, mungkin saya akan parah atau mati,” katanya yang membawa muatan serbuk kimia dari Kuantan ke Nilai 3.

Tambah Sulaiman, dia bertolak dari Kuantan kira-kira 5 pagi setelah selesai mengisi muatan tersebut.

“Selepas mengisi bahan kimia seberat 28 tan, saya meneruskan perjalanan kerana perlu sampai ke Nilai jam 10 pagi.

“Namun setibanya di sebuah selekoh tajam di Kilometer 7.5 Jalan Kuala Pilah-Bahau berhampiran Kampung Juasseh Kapitan, lori saya hilang kawalan," katanya.

Sulaiman berkata, dia bertindak memaut stereng lori ke kanan bagi mengelak dari merempuh kenderaan lain.

"Semasa kejadian itu, saya telah dibantu oleh beberapa orang pemotong rumput yang kebetulan lalu di lokasi kemalangan.

“Saya bersyukur kemalangan ini tidak melibatkan orang lain dan ketika kejadian laluan tidak sibuk,” katanya.

Sementara itu, guru besar Sekolah Kebanggaan Pasir Ambor, Juasseh, Nasarudin Zainal, 49, ketika di temui di lokasi kejadian berkata, pemandu perlu sentiasa berhati-hati apabila melalui laluan itu terutama di selekoh tajam.

“Kawasan ini sering berlaku kemalangan dan ada juga yang maut.  Laluan di sini juga agak licin terutama apabila hujan.  Pengguna jalan raya perlu mematuhi papan tanda yang telah diletakkan di situ dan patuhi arahan,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lori-bawa-muatan-kimia-terbalik-1.208557



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my