loading...

Monday, September 30, 2013

Wanita hamil maut nahas



Inalillahi wainailaihi rojiun

30 September 2013
SHAH ALAM – Seorang penuntut diploma yang sedang hamil empat bulan maut selepas kenderaan dinaiki bersama keluarga terlibat nahas jalan raya membabitkan tiga kereta di Kilometer 3.6, Jalan Klang-Teluk Intan, Kuala Selangor, Jumaat lalu.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 11 pagi itu melibatkan kereta jenis Proton Persona, Honda City serta sebuah kereta yang gagal dikesan jenis serta nombor pendaftarannya.

Ketua Trafik Kuala Selangor, Inspektor Roslan Ismail berkata, kemalangan berlaku apabila seorang pelajar lelaki yang memandu kereta Proton Persona cuba mengelak sebuah kereta.

Beliau berkata, kereta yang tidak dikenal pasti itu masuk secara tiba-tiba ke laluan pelajar terbabit yang sedang memandu dari arah Kuala Selangor menuju ke Klang.

Menurutnya, pelajar itu cuba mengelak, namun hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta Honda City yang dinaiki tiga beranak.

“Perlanggaran itu menyebabkan pemandu Honda City, Hafizan Rohmad, 33, isteri, Nurul Ashikin Ibrahim, 22, dan anak lelaki berusia setahun mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun, Nurul Ashikin disahkan meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang pada hari kejadian, manakala suaminya dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh,” katanya, semalam.

Roslan berkata, anak mangsa, Mohd Hafiz Awaluddin yang cedera di kepala, dirawat di hospital sama, sebelum dibenarkan pulang semalam.

Beliau berkata, pemandu Proton Persona berusia 17 tahun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/wanita-hamil-maut-kemalangan-1.207019



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my