30 September 2013
IPOH - Penduduk Taman Pengkalan Barat khususnya yang menetap di laluan Hala 14, meminta pihak bertanggungjawab segera menangani beberapa masalah yang wujud di kawasan berkenaan, khususnya kemasukan lori muatan pasir serta batu di situ.
Penduduk mendakwa lori berkenaan menggunakan laluan itu untuk ke kawasan pembinaan berhampiran sejak setahun lalu.
Tindakan itu menyebabkan beberapa masalah seperti kerosakan jalan, bunyi bising dan habuk.
Penduduk, Ishak Abdullah, 64, berkata, jalan di laluan berkenaan sudah tidak rata, dipercayai akibat dilalui lori-lori terbabit.
“Saya mohon jasa baik pihak berkenaan beri perhatian serius mengenai perkara ini kerana setahu saya, lori-lori sebegini tidak boleh memasuki kawasan taman perumahan,” katanya.
Pendapat tersebut turut dipersetujui seorang lagi penduduk, Chua Swee Tit, 58, yang mendakwa kemasukan lori berkenaan juga mengakibatkan keadaan persekitaran berhabuk.
Malah menurutnya, kenderaan berat itu juga menyebabkan kanak-kanak tidak lagi bebas bermain di luar rumah.
“Saya memang tak tahan kerana terpaksa membersihkan habuk di persekitaran rumah termasuk kereta saya.
“Selain itu kawasan ini sudah tidak lagi meriah dengan suara kanak-kanak bermain kerana ibu-bapa di sini bimbangkan keselamatan anak-anak mereka,” katanya.
Sementara itu, Adun Sungai Rapat, Radzi Zainon ketika ditemui berkata, itu itu akan dirujuk kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/perak/lori-muatan-pasir-batu-punca-jalan-rosak-1.206993
No comments:
Post a Comment