loading...

Wednesday, December 5, 2012

Viva terjun sungai


5 Disember 2012
MARANG - Empat sahabat nyaris maut selepas kereta Perodua Viva dinaiki mereka dipercayai terbabas, lalu terjunam ke dalam sungai di Kilometer 41, Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan, di Kampung Gong Balai di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, pemandu kereta, Sharil Amri Muhammad Suhaimi, 25, bersama tiga penumpang, dikatakan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Terengganu.

Difahamkan, kereta itu dipercayai dipandu laju menyebabkannya terbabas ke sebelah kiri jalan dan nyaris melanggar besi pengadang jambatan sebelum terjunam ke dalam sungai sedalam kira-kira 1.5 meter.

Akibatnya, pemandu, Sharil Amri tidak sedarkan diri manakala tiga lagi rakannya, Wan Syamil Asyraf Wan Ramli, 17, dan Nurul Shaffiqa Mohd Mustaffa, 15, serta Nurul Shaira Shaari, 15, tidur sebelum kejadian berlaku.

Bagaimanapun, kesemua mereka berjaya diselamatkan orang ramai yang berada di tempat kejadian, sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Sharil Amri yang dikatakan lemas dan cedera di bahagian dahi akibat terhantuk, dilaporkan stabil selepas menerima rawatan kecemasan, manakala tiga lagi penumpang hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi semalam, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

Sumber:
sinarharian.com.my/semasa/4-sahabat-nyaris-maut-kereta-terjunam-dalam-sungai-1.109785


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my