loading...
Monday, December 3, 2012
OKU maut dilanggar lari
Inalillahi wainailaihi rojiun
3 Disember 2012
KLANG - Seorang suami maut manakala isterinya parah setelah motosikal ditunggangi mereka terlibat dalam kemalangan selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan lain di simpang tiga Jalan Raya Barat di sini, semalam.
Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, suami mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU), Hyrol Nazry Ismail, 38, beralamat di Amazing Height, Sungai Udang meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
Menurutnya, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke Shah Alam menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah kilang di sana dalam kejadian sekitar jam 6.40 pagi berkenaan.
“Ketika cubaan membelok ke kanan untuk melalui jalan pintas menghala ke Majlis Perbandaran Klang (MPK) secara tiba-tiba motosikal dinaiki pasangan itu dirempuh sebuah kenderaan dari arah Jalan Emas menghala Telok Pulai.
“Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa dan motosikal tercampak ke jalan raya menyebabkan penunggang motosikal (suami) yang mengalami kecederaan parah meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng (isteri) patah kaki kiri dan dikejarkan ke hospital,” katanya.
Menurutnya, pihaknya dimaklumkan kedua-dua mangsa golongan OKU masing-masing bekerja di Shah Alam, namun pada hari kejadian difahamkan suami tidak bekerja.
Katanya, pihaknya belum dapat mengenalpasti kenderaan yang merempuh mangsa sehingga kini.
Mayat suami dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.
Al-Fatihah
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/oku-maut-depan-mata-isteri-1.109187
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment