loading...

Wednesday, December 5, 2012

Maut bersama anak patung


Inalillahi wainailaihi rojiun

5 Disember 2012
JEMPOL - "Arwah atau lebih mesra dipanggil adik mempunyai perwatakan ceria namun, selepas sambutan hari jadinya 27 November lalu, arwah kelihatan begitu manja dengan kakak dan keluarganya, " kata Mohd Zamani Majid, 26.

Mohd Zamani merupakan saudara terdekat kanak-kanak yang maut akibat terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini awal pagi semalam.

Mangsa yang tercampak dipercayai lemas dalam parit apabila kereta Proton Saga yang dipandu bapanya dari arah Simpang Pertang menuju ke Kuala Pilah untuk pulang ke Seremban, hilang kawalan.

Lebih menyayat hati kanak-kanak terbabit hanyut bersama anak patung beruang yang dihadiahkan kakaknya pada hari jadi lalu.

Kejadian kira-kira jam 3 pagi itu turut mengakibatkan bapa mangsa, seorang anggota polis berpangkat Koperal, Awang Ngah Yusof, 50-an, isterinya, 46, dan seorang lagi anak perempuannya berusia 22 tahun mengalami cedera ringan di bahagian anggota badan.

Mangsa, Nurul Syuhadah Awang, 10, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Pagi, Senawang ditemui anggota Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol lebih kurang jam 6 pagi dalam parit.

Bagaimanapun, anak patungnya ditemui terapung tidak jauh dari mangsa ditemui.

Gerakan mencari mangsa dilakukan hampir dua jam iaitu sekitar jam 4.15 pagi hingga jam 6 pagi. Mahu tidur bersama kakak Mohd Zaman i berkata, dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada individu yang tidak dikenali memberitahu mangsa bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan.

“Tanpa lengah saya bergegas ke tempat kejadian dan sejurus tiba, mendapati mangsa tiada bersama kakak, ayah dan ibunya.

“Saya difahamkan, sebelum kejadian arwah beria-ia mahu tidur bersama dengan kakaknya. Malah kakaknya ada hadiahkan sebuah patung besar untuknya pada hari jadinya,” katanya ketika ditemui dekat Hospital Jempol, semalam.

Mohd Zamani berkata, abang mangsa iaitu anak sulung pasangan ini merupakan anggota polis bertugas di Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu bapa mangsa hilang kawalan.

“Kereta itu terbalik dan terhumban dalam parit. Mangsa yang duduk di belakang tercampak masuk dalam parit dan dipercayai lemas.

“Namun bapa, ibunya dan kakak mangsa dapat diselamatkan orang awam dan anggota bomba,” katanya.

“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga tengah hari semalam,” katanya selepas melawat keluarga mangsa di Bilik Mayat Hospital Jempol, semalam.

Jenazah anak bongsu daripada tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang, Seremban.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/hanyut-bersama-anak-patung-1.109855


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my