loading...
Monday, December 3, 2012
Padah menunggang tanpa topi keledar
4 Disember 2012
PETALING JAYA – Padah menunggang motosikal tanpa topi keledar, seorang remaja maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang sebuah lori 11 tan di Lebuhraya Sungai Buloh arah Kepong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa Ravind Raj, 16, tercampak selepas gagal mengelak lori yang mahu membelok ke kiri untuk ke Sri Damansara.
Menurutnya, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX 5 cedera parah bahagian kepala mati serta merta di tempat kejadian.
“Siasatan awal mendapati mangsa dari rumahnya di Damansara Damai menggunakan lebuh raya untuk ke Kepong.
“Ketika kejadian sebuah kereta Proton Wira dari arah yang sama cuba mengelak melanggar mangsa turut dilanggar sebuah lagi lori menyebabkan pemandunya gagal mengawal lalu terbabas melanggar pembahagi jalan,” katanya.
Katanya, pihaknya sudah dapat mengenal pasti lori yang terlibat dalam kemalangan itu bagaimanapun pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kita masih menyiasat lagi punca kejadian dan beberapa keterangan dari saksi sudah diambil,” katanya
Katanya, kes di siasat dibawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat.
Sementara itu, suasana di tempat kejadian sayu apabila ahli keluarga yang hadir meratapi kematian mangsa.
Kemalangan juga menyebabkan laluan itu sesak sepanjang dua kilometer berikutan sikap pemandu yang memperlahankan kenderaan ketika melalui tempat kejadian dan keadaan itu terpaksa dikawal oleh anggota polis trafik bertugas.
Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/padah-tidak-pakai-topi-keledar-1.109507
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment