loading...
Wednesday, December 5, 2012
Tips Sebelum Memulakan Perjalanan
Sempena cuti persekolahan ini mungkin ramai ibubapa merancang percutian bersama seisi keluarga untuk memberi keseronokan kepada anak-anak setelah bertungkus lumus mentelaah pelajaran.
Rancang Perjalanan Anda
Bagi yang mana baru hendak merancang percutian tu boleh la lihat dibeberapa laman web untuk memilih tempat yang ingin dilawati.
Selain itu, anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat menggunakan peta. Anda boleh layari laman plus.com untuk mendapat info perjalanan anda. Untuk mendapatkan info tentang trafik lebuhraya terkini seperti peta, Peta Logikal, Masa Perjalanan Kadar Tol dan Maklumat Cuaca boleh layari laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Dapatkan Rehat Mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.
Elak Mengambil Minuman Atau Ubat Yang Beri Kesan Mengantuk
Hindarkan perasaan negatif seperti marah, kecewa dan teragak-agak sebelum memandu. Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.
Selain itu bagi memulakan perjalanan jauh sempena cuti persekolahan ini, pastikan keadaan kereta anda dalam keadaan sempurna.
Walaupun kenderaan baru diservis di bengkel berdekatan, anda perlu mengambil inisiatif memeriksanya semula bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini.
Berikut beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
Pemeriksaan tayar
Umpil roda menggunakan bicu dan pusingkan tayar untuk memastikan bunga yang haus adalah sama rata, tiada rekahan atau gelembung manakala rodanya tidak bergoyang. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian.
Pemeriksaan penjajaran
Penjajaran boleh ditentukan sama ada dalam keadaan baik dengan membelok kereta (ketika memandu). Anda akan berasa kereta seperti mahu terbalik atau membuang jika penjajaran tidak sempurna.
Pemeriksaan imbangan tayar
Imbangan tayar perlu diperiksa untuk kestabilan memandu. Cara mudah mengetahui imbangan tidak sempurna apabila kereta berat ke sebelah kiri atau kanan di samping sterengnya bergetar.
Pemeriksaan brek
Periksa lapisan brek (brake pad) dan tukar jika ia menipis atau haus serta tidak rata. Periksa juga minyak brek dan salurannya sepanjang dari tempat menyimpan minyak brek hingga ke roda.
Bagaimanapun, kebocoran brek pada bahagian roda sukar dikesan jika ia adalah kebocoran kecil. Namun, ia boleh dikesan secara menyembur bahagian dalam roda dengan air deras.
Air yang disembur akan berbuih jika ada kebocoran. Injap pam brek pada roda perlu diganti baru seberapa segera.
Pemeriksaan lampu brek
Kebanyakan pemilik kereta tidak mengambil berat penjagaan lampu brek dan sering membiarkannya jika hanya satu lampu berfungsi atau hanya lampu brek tambahan menyala.
Usah biarkan berterusan kerana boleh menyebabkan kemalangan serius. Tukar mentol lampu brek yang harganya hanya beberapa ringgit atau perbaiki pendawaian jika ia adalah punca lampu brek tidak menyala.
Pemeriksaan minyak pelincir
Pemeriksaan minyak pelincir perlu dilakukan selepas perjalanan jauh. Ini bagi memastikan ia sentiasa mencukupi dan tidak di bawah paras F (penuh).
Minyak hitam yang kurang boleh menyebabkan semua logam yang bergesel dalam bahagian enjin cepat haus terutama gelang injap.
Jika minyak silinder terlalu kotor, ia menyebabkan pergeseran yang kuat. Ini kerana molekul minyak pada minyak hitam yang kotor tidak banyak.
Pemeriksaan bateri
Air bateri sedikit sebanyak akan berkurangan selepas perjalanan beratus-ratus kilometer terutama bagi kenderaan yang menggunakan penyaman udara.
Periksa airnya dan pastikan ia cukup. Gunakan hanya air bateri yang berjenama dan dihasilkan syarikat yang berdaftar.
Air bateri yang kurang berkualiti bukan saja memendekkan usia bateri, malah menyebabkan masalah lain seperti kerosakan enjin.
Pemeriksaan radiator
Pemeriksaan air radiator tidak hanya harus ditumpukan terhadap tangki ‘water coolant’, sebaliknya perlu juga dilihat di dalamnya.
Buka penutup radiator dan mungkin melihat air yang berkarat atau kotoran melekat pada penutupnya.
Air radiator yang berkarat atau kotor perlu ditukar baru.
Cara untuk menukarnya dengan membuka penutup terletak di bahagian bawah radiator dan biarkan air mengalir hingga kering.
Kemudian jolok hos paip dan masukkan air ke dalam radiator supaya lebihan kotoran keluar. Tutup semula penutupnya dan isikan radiator dengan air bersih.
Masukkan satu tin kecil penyejuk/pencuci radiator ke dalam tangki ‘water coolant’.
Doa dan Tawakal
Akhir sekali jangan kita lupa bertawakal kepada Allah, bacalah doa sebelum memulakan perjalanan anda..
Sumber:
plus.com.my
Pastikankeadaankeretabaik/Article/index_html
pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/142--tips-penjagaan-kereta/853-langkah-sebelum-memulakan-perjalanan.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment