loading...

Tuesday, October 16, 2012

Maut Bertembung Kereta


Inalillahi wainailaihi rojiun

16 Oktober 2012
TUMPAT – Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggang berasingan bertembung sebuah kereta di kilometer 10.5 Kota Bharu-Pengkalan Kubor, dekat Kampung Bendang Luas, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 pagi, Muhammad Syafiq Zuhari, 20, dari Kampung Chempaka, Kota Bharu maut di tempat kejadian.

Rakannya, Wan Mohammad Afnan Wan Rokiman, 19, dari Tanjung Che Mas, Kota Bharu koma dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Dipercayai, kereta jenis Proton Waja berkenaan dipandu seorang lelaki Cina yang mabuk dari Kampung Kebakat, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Khalid Munap berkata, mangsa datang dari arah Wakaf Bharu menghala ke Pengkalan Kubor bersama kawan-kawannya dengan menunggang empat motosikal.

“Siasatan awal mendapati motosikal mangsa dan rakannya bertembung kereta berkenaan yang datang dari arah bertentangan, dipandu seorang lelaki Cina bersama dua penumpang.

“Kemalangan itu menyebabkan tayar kereta itu tercabut dan hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh dua kereta diparkir di hadapan sebuah restoran,” katanya.

Khalid berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

“Saksi kejadian diminta menghubungi pihak polis di talian 09-7257222 untuk membantu siasatan kemalangan tersebut,” katanya.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/kelantan/maut-motosikal-tembung-kereta-1.95028


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my