loading...
Monday, November 14, 2011
Akibat Panik
SEREMBAN - Akibat panik, seorang wanita terus memandu kereta sambil membiarkan mayat terhumban pada bahagian tempat duduk penumpang hadapan keretanya sebaik saja melanggar seorang pejalan kaki di Jalan Permai - Taman AST, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, wanita berusia lewat 30-an yang memandu kereta jenis Toyota Vios itu dikatakan melanggar seorang pejalan kaki, G Mohan, 23, yang melintas jalan.
Jurucakap polis berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa melambung masuk ke dalam bahagian tempat duduk bahagian depan kereta menerusi cermin kereta yang pecah.
Menurutnya, wanita berkenaan pada mulanya tidak memberhentikan kenderaannya, sebaliknya terus memecut laju.
“Dia mungkin terlalu panik akibat kejadian berkenaan. Wanita itu kemudian memberhentikan keretanya kira-kira 200 meter dari lokasi kemalangan sebelum menghubungi abangnya yang datang sejurus selepas itu,” katanya kepada Sinar Harian, di sini semalam.
Menurut beliau, wanita terbabit dan abangnya bertindak meninggalkan mayat mangsa di tepi jalan, berdepan sebuah hotel di Kemayan Square, dekat sini sebelum membuat laporan tentang kejadian di Balai Polis Seremban 2.
“Bagaimanapun, beberapa saksi yang melihat kejadian itu mengesyaki mereka ingin membuang mayat mangsa dan turut melaporkan kepada polis,” katanya.
Hasil siasatan awal, katanya, mangsa mahu menyeberang jalan ke arah Kemayan Square.
“Mangsa melambung kira-kira 30 meter sebelum terperosok ke dalam kereta wanita terbabit,” katanya.
Mangsa yang beralamat di Rahang, dekat sini tidak menggunakan jejantas yang terletak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian untuk menyeberang jalan.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment