Sadis, Ngeri Asas Iktibar dan Pengajaran

Tuesday, November 15, 2011

Adinda Sultan Kedah Kemalangan

KUALA KANGSAR: Adinda Sultan Kedah, Datuk Seri Tunku Anuar Sultan Badlishah nyaris maut selepas kereta mewah dipandunya terbabit kemalangan di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kereta BMW berwarna putih dinaiki bersama isterinya, Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar pembahagi jalan.


Bagaimanapun, Tunku Anuar yang juga Tunku Bendahara Kedah serta isterinya terselamat dan tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 235, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara berhampiran Padang Rengas, dekat sini.

Kemalangan dipercayai berpunca jalan licin akibat hujan lebat tidak membabitkan kenderaan lain. Bagaimanapun, kereta BMW dinaiki Tunku Anuar rosak teruk di bahagian depan dan ditunda.


Difahamkan, Tunku Anuar bersama isterinya menunggu berhampiran tempat kejadian sebelum diambil pemandu peribadinya dari Kedah.


Beliau pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk membuat laporan kejadian sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Usaha wartawan Harian Metro untuk menemuinya gagal selepas dia dan isteri bergegas keluar dari IPD Kuala Kangsar sebelum menaiki sebuah kenderaan lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Gaffar Muhamad mengesahkan kejadian berkenaan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount