loading...

Sunday, November 13, 2011

Akibat Enggan Menggunakan Jejantas

 ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohan yang maut dirempuh kereta 
ketika menyeberangi jalan di Jalan Taman Permai-Taman AST, Seremban- Kosmo


November 13, 2011
SEREMBAN - Akibat enggan menggunakan jejantas, seorang lelaki maut dilanggar sebuah kereta ketika cuba menyeberang jalan di Jalan Taman Permai-Taman AST, dekat sini awal hari ini.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu menyebabkan G. Mohan, 23, cedera parah dikepala dan beberapa anggota badan dan mati di tempat kejadian. Jurucakap polis berkata walaupun terdapat jejantas di situ, Mohan mengambil jalan mudah dengan menyeberangi jalan itu sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Vios yang datang dari arah Taman Permai.

"Akibat pelanggaran, mangsa melekat di bahagian kiri cermin kereta berkenaan dan pemandu wanita yang berusia lewat 30-an itu terus memandu keretanya sebelum
berhenti 250 meter dari tempat kejadian.

"Pemandu itu kemudian menghubungi seorang ahli keluarganya untuk meminta bantuan dan sebaik tiba, mereka berdua menurunkan mayat mangsa dan meletakkan di tepi jalan berhampiran persimpangan Kemayan Square," katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber:  Sinar Harian
              Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my