loading...

Friday, October 7, 2011

Penunggang Maut Bergesel Lori


Inalillahi wainailaihi rojiun 

NIBONG TEBAL - Gara-gara hilang kawalan semasa menunggang motosikal menyebabkan seorang pemuda maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan jalan berhampiran Taman cenderawasih dekat sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, Faizal Mohamad, 25, yang berasal daripada Sungai Bakau maut di tempat kejadian selepas dia mengalami kecederaan parah.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS), Cif Inspektor Hamim Zaini Hamzah berkata, kemalangan terbabit berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori yang menggunakan laluan yang sama.

“Siasatan awal polis mendapati, mangsa maut di tempat kemalangan apabila motosikal yang dipandunya hilang kawalan secara tiba-tiba setibanya di tempat kejadian.

“Sejurus itu, mangsa yang menunggang motosikal berseorangan bergesel pada bahagian belakang lori yang turut melalui jalan terbabit sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah di anggota badan dan kepala,” katanya.

Menurutnya, motosikal milik mangsa hanya mengalami kesan calar akibat bergesel dengan lori berkenaan manakala lori itu tidak mengalami sebarang kerosakan.

“Keadaan kenderaan yang digunakan mangsa bagaimanapun tidak mengalami kerosakan teruk namun kita masih menyiasat punca kejadian sebenar sehingga menyebabkan kemalangan ini berlaku.

“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan diminta melaporkan ke balai polis berhampiran untuk memudahkan kita menjalankan siasatan dan mengenal pasti punca kemalangan,” katanya.

Kes kemalangan ini dikendalikan Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Alkhudri Marzuki mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah...

Sumber: SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my