loading...
Friday, October 7, 2011
Pembonceng Maut Bertembung Kereta
Inalillahi wainailaihi rojiun
KELAPA SAWIT – Seorang remaja maut apabila motosikal dinaiki bersama seorang lagi rakannya bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira 10.30 malam, kelamrin.
Sinar Harian difahamkan, kejadian yang berlaku di selekoh S, Kilometer 39 berhampiran kawasan perkuburan Hindu, di sini turut menyebabkan salah seorang mangsa terhumban ke dalam longkang pada bahu jalan sehingga menyebabkan kecederaan serius.
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya dalam kenyataannya berkata, mangsa berusia 21 tahun dan pembonceng motosikal yang ditunggangi seorang lelaki Melayu berusia 19 tahun.
“Kedua-dua mereka sedang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju ke arah Ayer Hitam bagaimanapun bertembung dengan sebuah kereta dari arah bertentangan yang dipandu lelaki berusia 57 tahun.
“Hasil siasatan yang dijalankan, kemalangan dipercayai berpunca apabila motosikal didapati masuk ke laluan bertentangan hingga menyebabkan kemalangan berlaku,” katanya.
Zulkefly berkata, mangsa dan penunggang motosikal dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sebaik sahaja kejadian berlaku, bagaimanapun mangsa meninggal dunia di hospital kira-kira jam 9 pagi, semalam.
“Pembonceng motosikal berkenaan maut manakala keadaan penunggang dilaporkan kritikal dan sedang menerima rawatan di HSA,” katanya.
Al-Fatihah...
Sumber: Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment