loading...

Sunday, May 8, 2011

Tak Semapat Berehat Bersama Isteri

 Al-Fatihah...

MUAR – Hasrat seorang pemandu lori treler untuk pulang berehat seketika di rumah tidak kesampaian apabila maut selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Bukit Mor Jalan Bakri Batu 10 di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemandu treler berkenaan memandu secara bersendirian membawa muatan besi dari Kuala Lumpur untuk ke Kluang.

Treler yang dipandu mangsa, Aris Selamat, 48, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bukit berhampiran dari arah Muar menghala ke Yong Peng.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa mati kerana tersepit di bahagian tempat duduk pemandu.

Menurut ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, arwah sempat menghubungi isterinya untuk pulang berehat seketika di rumah yang terletak di Kampung Parit Tengah Air Hitam Batu 18 sebelum memulakan semula perjalanan ke Kluang pada keesokan harinya.

“Namun, Allahyarham masih tidak tiba seperti waktu yang dijanjikan sebaliknya isteri menerima panggilan mengenai insiden yang menimpa Aris,” katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan juga anggota badan yang lain mati serta-merta di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pada masa yang sama, Ketua Balai Bomba Daerah Muar, Ismail Mahmod berkata, seramai sembilan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada jam 4 pagi.

“Pihak bomba mengambil masa ham

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my