loading...

Sunday, May 8, 2011

Amaran Untuk Pemandu Lori

Kenderaan Berat Halang Penglihatan.

Gambar Sekadar Hiasan

SELENDANG - Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan berat yang meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan di persimpangan masuk ke Felda Selendang.

Setiausaha UMNO Cawangan Selendang 2, Mohd Rafi Mohd Nor berkata, tindakan meletakkan kenderaan berat di kawasan berdekatan sebuah gerai makan di simpang itu menghalang pemandangan, sekali gus boleh mengundang risiko kemalangan kepada pengguna jalan raya lain.

Menurutnya, lebih membahayakan apabila kenderaan berat turut diparkir di bahu jalan itu pada waktu malam.

“Penduduk berharap masalah lori yang diparkir di bahu jalan ini dapat diatasi segera kerana ia boleh meningkatkan risiko kemalangan jika ia tidak ditangani pihak berwajib,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Rafi berkata, terdapat beberapa kes kemalangan kecil berlaku di kawasan itu akibat sikap pemandu lori yang masih berdegil meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan terbabit.

“Walaupun ia belum melibatkan kehilangan nyawa, tetapi jika keadaan itu berterusan, dikhuatiri semakin banyak kenderaan berat diletakkan di bahu jalan tersebut tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Kita berharap sesuatu yang tidak diingini tidak berlaku di kawasan ini dan usaha mengawal masalah ini perlu dilakukan segera untuk membendungnya sebelum terlambat,” katanya.

Beliau berkata, masalah itu mampu diatasi sekiranya semua pihak berganding bahu terutama bertindak tegas terhadap mana-mana pemandu lori supaya meletakkan kenderaan mereka ke tempat yang lebih sesuai dan selamat.

“Kami tidak menghalang mereka untuk berhenti rehat, tetapi mereka diingatkan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan yang merupakan simpang utama dari Rompin ke Felda Selendang dan Taman Negeri Endau-Rompin,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/pahang/content/story9063589.asp

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my