loading...

Sunday, July 28, 2013

Pembekal alat tulis maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

28 Julai 2013
Georgetown: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas lalu terperosok ke dalam longkang di Jalan Sultan Azlan Shah, Gelugor, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.15 malam, Najmie Nathir Jamaluddin, 25, meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP) dua jam selepas kemalangan terbabit akibat cedera parah di kepala.


Menurut sumber, mangsa yang juga pembekal alat tulis, menunggang motosikal Kawasaki Z800 dan dipercayai dalam perjalanan ke Bayan Lepas, di sini.

“Bagaimanapun, sejurus dia melepasi persimpangan lampu isyarat, motosikal ditunggangnya gagal dikawal dan menyebabkannya terbabas.


“Mangsa dan motosikalnya turut terperosok ke dalam longkang sebelum dibantu orang ramai yang menyaksikan kejadian.


“Mangsa dikejarkan ke HPP untuk mendapatkan rawatan lanjut tetapi disahkan meninggal dunia jam 9.30 malam,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya, semalam.


Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Gan Kong Meng mengesahkan kejadian itu.

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/Ajalmotorterbabasdalamlongkang/MA/Article/index_html


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my