loading...

Sunday, July 28, 2013

Bekas Ketua Kampung Durian Sebatang maut

Inalillahi wainailaihi rojiun

28 Julai 2013
RAUB – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal ditunggangnya dirempuh kereta dalam kemalangan di Kilometer 341 Jalan Raub – Lipis dekat Kampung Durian Sebatang kira-kira jam 3.15 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Samsudin berkata, mangsa, Shahlasun Shahyal, 86, yang menunggang motosikal  Honda C70 dari arah Lipis ingin memasuki persimpangan di kanan jalan.

Menurutnya, motosikal mangsa dirempuh sebuah Honda Accord yang dipandu dari arah sama mengakibatkan mangsa tercampak ke kiri jalan.

“Berikutan rempuhan itu, mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

“Pemandu kereta berkenaan pula, Lincoln Joseph, 45, yang berasal dari Kajang bersama tiga penumpang lain tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Wan Mohd Samsudin berkata, mangsa yang juga dipercayai bekas Ketua Kampung Durian Sebatang itu didapati mempunyai lesen memandu sah dan memakai topi keledar.

“Sampel darah pemandu diambil untuk ujian dadah dan alkohol.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raun untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/pahang/bekas-ketua-kampung-maut-1.187517



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my