loading...

Thursday, September 13, 2012

Pemandu kontena maut tersepit


13 September 2012

 SHAH ALAM- Perjalanan seorang pemandu kontena yang mahu menghantar bekalan daging ke Selayang bertukar tragedi apabila terlibat dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya Shah Alam Kuang (Guthrie) di Rawang, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Hee Chee Kok, 57, maut tersepit apabila kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.

Ketua Penyelia Operasi Bomba dan Penyelamat Rawang, Ishak Ibrahim berkata, mangsa yang berasal dari Selayang Baru itu tersepit di tempat duduknya berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dua jam kemudian.

“Siasatan mendapati, kontena dipercayai hilang kawalan ketika melalui susur menurun dan berselekoh tajam arah Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (Latar), kontena kemudian terbalik di laluan kiri menyebabkan pemandunya tersepit,” katanya.

Menurutnya, kontena itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang menghantar muatan daging ke Selayang.

Sepasukan Anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang bergegas ke lokasi setelah menerima maklumat.

Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.20 pagi dan disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/pemandu-maut-tersepit-1.84566


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my