loading...

Monday, September 10, 2012

Padah membuat pusingan U


10 September 2012
 KUALA LUMPUR – Padah membuat pusingan U secara tiba-tiba, tiga sekawan cedera parah selepas keretanya  Myvi dinaikinya merempuh sebuah  Toyota Camry dalam kejadian di Plaza Tol Bukit Kiara, awal pagi kelmarin.

Saksi kejadian berkata, kejadian jam 3 pagi itu berlaku apabila pemandu kereta terbabit  tergamam dan memberhentikan keretanya secara mengejut selepas gagal membuat  pusingan disebabkan terdapat susunan kon di laluan disangka boleh dilalui.

Tindakan kurang bijak itu membawa musibah selepas pada masa yang sama sebuah Myvi  dari arah belakang tidak sempat mengelak dan merempuh bahagian hadapan Toyota Camry terbabit.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas, Rodzlan Othman berkata, bomba dikejarkan ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan jam 3 pagi.

Menurutnya, bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Ketika kami tiba ke  semua mangsa berusia dalam 20-an  berada  dalam keadaan tidak sedarkan diri manakala, pemandunya patah kaki kanan manakala dua  lagi rakannya yang duduk di tempat duduk belakang cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala,” katanya.

Anggota paramedik terpaksa memberikan bantuan pernafasan kepada semua mangsa sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Manakala lelaki pemandu Toyota Camry dalam lingkungan 30-an  hanya cedera di bahagian kepala dan luka di tangan turut dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/padah-buat-pusingan-u-1.83525


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my