loading...

Thursday, September 13, 2012

Pelajar maut bertembung treler



 Inalillahi wainailaihi rojiun  
 
CHUKAI: “Aku minta maaf banyak-banyak selepas aku pergi ini aku tak akan balik lagi,” itulah kata-kata terakhir seorang pelajar tingkatan lima sebelum maut dalam kemalangan di Jalan Cherul-Bukit Sagu, di sini, petang kelmarin.

Asmawi Mohamad Nor (gambar), 17, terkorban apabila motosikal ditunggangnya bertembung treler yang datang dari arah bertentangan, jam 5.30 petang.

Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal bersama beberapa rakannya dikatakan memasuki laluan treler terbabit menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Abang mangsa, Normahadi, 38, berkata, arwah adiknya itu menghantar kata-kata terbabit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada beberapa rakannya yang menyebabkan mereka semua pelik.


Katanya, sebelum kejadian, arwah yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cheneh Baru, dekat sini, baru saja tamat menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


“Sebaik tamat peperiksaan itu, arwah sempat bersalaman dengan rakan sekelasnya sambil meminta maaf sebelum ke surau di sekolah untuk menunaikan solat Zuhur,” katanya.

 Normahadi berkata, sebaik selesai solat Asar, arwah memberitahu ibunya, Minah Ngah, 52, yang dia mahu keluar bersiar-siar bersama rakannya.


“Ketika kejadian kami lima beradik tiada di rumah kerana semua bekerja dan arwah adik bongsu tinggal bersama ibu dan setengah jam selepas itu, ibu dimaklumkan arwah terbabit kemalangan,” katanya.

Menurutnya, dia dan keluarganya tidak menyangka perbuatan pelik adiknya itu yang menghantar SMS kepada beberapa rakannya itu adalah petanda dia pergi buat selama-lamanya.


Katanya, dia yang mendapat panggilan daripada ibunya bergegas ke Hospital Kemaman dan mendapati adiknya yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.


“Jenazah dituntut keluarga untuk dibawa pulang ke kampung dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Neram 2, jam 11 malam tadi (kelmarin),” katanya Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/myMetro/articles/2012091302134820120913021348/Article


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my