Inalillahi wainailaihi rojiun
IPOH: Seorang wanita maut, suaminya parah manakala tiga anak mereka cedera selepas kereta yang dinaiki merempuh belakang lori di KM 256 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar, hari ini.
Ketua Polis Trafik negeri, DSP Mohamad Roy Suhaimi, berkata Rohana Ahmad, 45, maut di tempat kejadian dalam kemalangan jam 9.40 pagi itu.
"Suaminya, Amiruddin Basaruddin, 45, mengalami cedera parah di kepala dan anak mereka Mohamad Aiman Hakimi, 13, Noralina Anum, 19 serta Saiful Khairul, 21 cedera," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata, Amiruddin, Mohamad Aiman dan Noralina dirawat di Hospital Raja Bainun, sementara Saiful pula menerima rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Kangsar.
Katanya, keluarga tersebut yang berasal dari Sungai Dua, Butterworth, Pulau Pinang dalam perjalanan ke selatan apabila kereta dipandu Amiruddin terbabas sebelum merempuh belakang lori terbabit.
Sementara itu, dalam satu kemalangan tengah malam tadi, dua lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Menglembu dekat sini.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta Jerad Anthony, 22 dan rakannya Ganeson a/l Kumar, 25.
Jerad maut di tempat kejadian manakala Ganeson pula meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.
Mohamad berkata, kejadian jam 12.40 tengah malam tadi apabila kereta yang dipandu Jerad bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan. - BERNAMA
Al-Fatihah
Sumber:
bharian.com.my/bharian/articles/Wanitamaut_suamiparahkemalangandiLeburayaUtara-Selatan/Article
kita kena selalu beringat..
ReplyDeleteaduhaiiii....hati2 lah memandu. kadangkala bukan salah kita sebenarnya, org lain yg salah kita yg kena. just hati2 jer & pandu perlahan, lebih2 lagi hujung minggu ni ramai yg balik dari kampung coz next week dah nak naik sekolah. mesti highway jem giler...
ReplyDelete