loading...

Sunday, April 1, 2012

Warga Emas Maut Dirempuh Kereta

Inalillahi wainailaihi rojiun 

JERTIH- Seorang warga emas terbunuh apabila motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Kubur, Tembila dekat Kampung Raja, semalam.

Dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, mangsa, Jusoh Awang, 80, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa yang menunggang motosikal tiba-tiba melintas jalan menyebabkan Proton Iswara Aeroback dari arah Kuala Terengganu ke Kampung Raja merempuhnya.

Menurutnya, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun itu gagal membrek kenderaan dan mengelak ke kanan namun telah merempuh mangsa yang melintas dengan motosikalnya secara tiba-tiba dari jarak dekat.

“Mangsa yang beralamat di Taman Ehsan, Pengkalan Kubur telah dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gong Medang dan disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dihantar ke bilik mayat Hospital Besut untuk bedah siasat,” katanya.

Kamaruddin berkata, pegawai perubatan mengesahkan punca kematian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Sementara itu pemandu kereta tersebut yang bekerja sebagai tukang paip beralamat di Kampung PutraJaya, Permaisuri, Setiu tidak mengalami kecederaan dan saringan air kencing mendapati dia negatif dadah.

Kata beliau, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Al-Fatihah

Sumber
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/warga-emas-maut-motosikal-dirempuh-kereta-1.36657

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my