loading...

Monday, March 19, 2012

Maut Dirempuh Motosikal Berkuasa Tinggi



ALOR GAJAH - Seorang ­lelaki dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut selepas motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang ­dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) Kampung Melekek, dekat sini kira-kira jam 2.45, petang semalam.

Dalam kejadian petang itu, mangsa, N Subramaniam, 45, dari arah Simpang Ampat menuju ke Alor Gajah cuba memintas pembahagi jalan memasuki laluan bertenta­ngan menuju ke arah Simpang Ampat dirempuh motosikal yang ditunggang Azman Abu, 44, yang datang dari Alor Gajah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, mangsa yang bekerja sebagai pemborong getah ­lantun dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Seri Naning, Simpang Ampat, ­dekat sini dirempuh sebuah motosikal berkuasa tinggi ­sebelum terseret kira-kira 25 meter.

“Difahamkan mangsa dalam perjalanan pulang ke ­rumah dari tempat kerjanya yang terletak berdekatan tempat kejadian cuba memasuki laluan bertentangan menuju ke Simpang Ampat sebelum dirempuh motosikal berkuasa tinggi itu yang turut berada di laluan sama,” katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal berkenaan hilang kawalan sebaik mendapati motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba memasuki laluannya bagaimanapun cuba mengelak namun terpaksa merempuh apabila jarak semakin dekat sebelum terbabas di tembok laluan masuk satu lorong.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mati di tempat ­kejadian setelah mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

“Manakala penunggang penunggang motosikal berkuasa tinggi terbabit yang hilang kawalan terbabas dan tercampak ke dalam longkang cedera parah di beberapa ­bahagian anggota badan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Umar berkata, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke bilik mayat Hospital Melaka untuk dibedah siasat.

“Orang ramai yang me­nyaksikan kejadian diminta ­tampil ke Balai Polis Cawa­ngan Trafik Daerah Alor Gajah atau menghubungi talian 06-5563222 untuk membantu ­siasatan,” katanya.

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/tercampak-atas-jalan-raya-1.33529

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my