loading...

Wednesday, March 21, 2012

Putus Tangan Kaki Dirempuh Lori


 Inalillahi wainailaihi rojiun

SEREMBAN – Seorang pekerja mengecat garisan putih jalan maut apabila dirempuh sebuah lori di Kilometer 248, Lebuhraya Utara – Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, mangsa, Mohammad Azlizan Adam, 23, maut di tempat kejadian dalam keadaan menyayat hati apabila tangan dan kaki kirinya putus selepas dirempuh sebuah lori lima tan.

Saksi kejadian yang juga merupakan rakan mangsa, Mohd Amin Ali, 51, berkata, dia terdengar bunyi dentu­-man kuat, namun tidak menyangka rakan sekerjanya dirempuh lori berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, dia sedang menurunkan barang peralatan mengecat daripada lori untuk kerja mengecat jalan, manakala seorang lagi pekerja memegang bendera keselamatan.

“Kon keselamatan sudah diletakkan hampir lima kilometer supaya pemandu menyedari terdapat kerja penyelenggaraan di hadapan. Namun, secara tiba-tiba sebuah lori masuk ke laluan kon dan merempuh mangsa yang ketika itu sedang mengecat garisan putih jalan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Jurucakap polis berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki berusia 40-an hilang kawalan dan terbabas sebelum merempuh mangsa yang sedang mengecat jalan.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang memulakan kerja mengecat garisan putih dan datang sebuah lori dari arah Seremban menghala ke selatan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar mangsa yang berada di tepi laluan hingga tercampak beberapa meter ke bahu jalan,” katanya.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Suprintendan Abd. Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Al-Fatihah


Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/pekerja-cat-jalan-maut-dirempuh-lori-1.34000

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my