loading...

Monday, February 13, 2012

Perunding kewangan maut

KUALA LUMPUR: Seorang perunding kewangan maut apabila kereta Toyota Vios dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 12.5, Lebuhraya Maju (Mex), di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, mangsa, Chong Chung Hsien, 23, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning, berkata kereta mangsa juga remuk teruk selepas dipercayai terbalik beberapa kali selepas merempuh pembahagi jalan.

Menurutnya, kemalangan disedari pemandu lain yang melalui laluan itu sebelum menghubungi kecemasan dan saksi memberitahu kereta mangsa dipandu laju dari arah Putrajaya menghala Bukit Jalil.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan sudah dituntut warisnya untuk dikebumikan.


Sementara itu, seorang gadis maut digilis sebuah treler apabila motosikal yang diboncengnya bergesel dengan kenderaan berat itu di Kilometer 9, Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Gombak, jam 2.30 petang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata mangsa, Armiyati Ajis, 25, menunggang motosikal berkenaan bersama bapanya berusia 53 tahun apabila kenderaan itu yang berada di lorong tengah bergesel dengan treler di lorong laju.

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautrempuhpembahagijalan/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my