loading...

Monday, February 13, 2012

Menunggu ayah, Jenazah yang tiba

Inalillahi wainailaihi rojiun    

GUA MUSANG: “Pilu hati saya apabila ayah sepatutnya mengambil isteri dan anak di Hospital Gua Musang (HGM), tetapi jenazahnya pula yang tiba di hospital sama,” kata Mohd Shukri Muhamad, 25, anak kepada Muhamad Zakaria, 53, yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, di Kilometer 16, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Muhamad yang juga peneroka Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, di sini, memandu kereta dengan ditemani seorang rakannya untuk mengambil menantu dan cucunya di HGM.


Ketika dalam perjalanan, Muhamad cuba memotong kenderaan lain di kawasan selekoh sebelum bertembung sebuah kereta dari arah Gua Musang ke Kuala Krai.

Muhamad meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala rakannya, Mohd Razali Said, 50, parah dan masih dirawat di HGM. Pemandu sebuah lagi kereta tidak cedera.


Mayat Muhamad dihantar ke HGM untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, petang kelmarin.


Mohd Shukri berkata, sebelum kejadian, dia menghubungi bapanya yang memandu kereta di sekitar Rancangan Tanah Felda Chiku Tiga, meminta mengambil isterinya, Zulina Ab Wahab, 26, dan anaknya, Mohd Shahmin, 2, di HGM.

“Anak saya baru keluar wad kelmarin akibat demam dan ditemani ibunya. Saya minta ayah mengambil mereka.


“Bagaimanapun, selepas setengah jam berhubung dengan ayah, saya terkejut apabila dimaklumkan rakan, ayah maut dalam kemalangan dan jenazahnya dihantar ke HGM. Saya hubungi isteri dan dia memaklumkan jenazah ayah sudah sampai di HGM, sebelum saya bergegas ke sana,” katanya. Menurut Mohd Shukri, dia benar-benar tidak menyangka panggilan telefon setengah jam sebelum kejadian adalah perbualan terakhir dengan ayahnya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Al-Fatihah

Sumber: hmetro.com.my/myMetro/articles/Mautjemputmenantu_cucudihospital/Article/index_html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my