loading...

Friday, November 11, 2011

warga emas Maut Ke Tempat Kerja

Tidak sempat ke tempat kerja: Hamizah Basir/SinarHarian

SEREMBAN - Hasrat seorang lelaki warga emas untuk ke tempat kerja tidak kesampaian apabila dia maut setelah motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Haruan 2, berhampiran bangunan Jabatan Audit Negara dekat sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa, E Kok Beng @ Yee Kok Ming, 64, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan menunggang motosikal jenis Suzuki RC menuju ke tempat kerjanya iaitu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Oakland di sini.

“Bagaimanapun, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikal semasa cuba memotong sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero di sebelah kiri,” katanya.

Menurutnya, motosikal ditunggangi Kok Beng merempuh bahagian belakang kiri Mitsubishi Pajero terbabit dan mengakibatkannya terjatuh di atas jalan.

Namun katanya, pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah ketika mengesahkan kejadian berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarganya.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hafidzal Zainal Abidin menerusi talian 06-6033394,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my