loading...

Saturday, November 12, 2011

Pegawai khas Exco Kelantan Maut Dalam Kemalangan

 Inalillahi wainailaihi rojiun 

KOTA BHARU 11 Nov. - Pegawai khas kepada Exco Kelantan, Datuk Husam Musa, maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama dua rakannya bertembung dengan sebuah kereta lalu terbalik dalam kemalangan di Kilometer 68.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi ini.

Dalam kemalangan pukul 3.30 pagi itu, Kamarulzaman Abdullah, 31, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak keluar dari kenderaan terbabit.

Dua rakan mangsa iaitu Roslan Mohd. Zain, 39, dan pemandu kenderaan Mitsubishi Pajero terbabit, Mohd. Ridhuan Ilias, 30, turut cedera dan dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk menerima rawatan.

Tiga lagi mangsa di dalam kereta, Perodua Viva itu termasuk pemandunya juga cedera dan menerima rawatan di Hospital Kuala Krai, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supritendan Saiful Bahri Abdullah berkata, ketika kejadian Kamarulzaman dan rakannya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, manakala Perodua Viva itu datang dari arah bertentangan.

"Kemalangan itu menyebabkan kenderaan pacuan empat roda itu terbalik dengan mangsa tercampak keluar dari kenderaan," katanya di sini hari ini.

Al-Fatihah...

Sumber: Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

My Headlines

FeedBurner FeedCount

Blogged.my